Norizuan Shamsuddin
norizuan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Mendengar harga yang mencecah ribuan ringgit bagi satu kilogram (kg) daging lembu pasti membuatkan ramai takut memasuki premis restoran berkenaan.

Bagaimanapun, tidak dinafikan ramai ingin mengetahui keistimewaan daging lembu yang menjadi menu utama di Restoran JAHHET Fine Meat sehingga harganya mencecah ribuan ringgit.

Restoran beroperasi di Jalan Nirwana, 38, Taman Nirwana, Ampang ini adalah satu-satunya premis milik anak tempatan yang menyediakan hidangan daging lembu wagyu dari Jepun.


MUSTAFFA (duduk) bersama anak-anaknya menunjukkan daging wagyu yang dihidangkan di restorannya. FOTO Nurul Shafina Jemenon

Menurut pemiliknya, Mustaffa Othman, 62, hidangan daging wagyu asalnya adalah santapan istimewa diraja di Jepun dan kini dikomersialkan sehingga menjadi sebutan di seluruh dunia kerana kelembutan serta keenakannya.

Jelas anak kelahiran Kelantan itu, daging disediakan di restorannya adalah daging wagyu berkualiti tinggi daripada jenis Miyazaki-Gyu diimport dari Jepun.

Dapatkan berita penuh di akhbar Harian Metro hari ini

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Mac 2018 @ 5:45 AM