Gambar pertama Siti bersama anaknya selepas bersalin, Isnin lalu. FOTO IHSAN Instagram Siti Nurhaliza
Sudirman Mohd Tahir
sudirman@hmetro.com.my


PENYANYI tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza, hari ini berkongsi khabar kesihatan dirinya dan puteri sulung bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang berada dalam keadaan baik.

Bagaimanapun, Siti, 39, berkata, buat masa sekarang dia dinasihati doktor agar berehat.

"Alhamdulillah, saya dan anakanda dalam keadaan baik. Pihak doktor dan jururawat menjaga kami dengan baik.

"Terima kasih kepada semua pihak yang mengirimkan hadiah sehingga ke hari ini. Buat masa ini saya hanya dinasihatkan untuk berehat," katanya di laman Instagram miliknya.

Menerusi status sama, Siti tidak ketinggalan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak termasuk peminat dari Indonesia, Singapura, Brunei dan banyak lagi.

"Saya bersama suami dan anakanda kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengucapkan tahniah dan mendoakan kami dari mana saja anda berada, Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan lain-lain.

"Kepada rakan-rakan artis saya juga, terima kasih atas ucapan dan ingatan kalian," katanya.

Terdahulu, Siti selamat bersalin anak perempuan menerusi proses pembedahan pada Isnin lalu di pusat perubatan di ibu kota.

Seperti diumumkan suami Siti, nama sementara anak mereka, Fatimah Az-Zahra sebelum berkongsi nama sebenar dan wajah anak selepas tujuh hari kelahiran.

Berita berkaitan:

Puteri sulung dah menyusu...

Fatimah Az-Zahra gelaran diberi

Siti Nurhaliza timang anak perempuan

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Mac 2018 @ 6:54 PM