PETIKAN rakaman video pramugari memarahi pasangan terbabit. FOTO Agensi
Daily Mail

DUA penumpang pesawat Virgin Atlantic ditangkap pihak berkuasa kerana disyaki melakukan seks oral dalam tandas ketika dalam penerbangan dari Gatwick, Britain ke Mexico.

Daily Mail melaporkan, penumpang lelaki dan wanita berusia 20-an itu saling tidak mengenali ketika menaiki pesawat jenis Boeing 747 pada Selasa lalu.

Bagaimanapun, mereka dilihat berbual mesra tidak lama selepas pesawat itu berlepas, lalu terus menuju ke tandas ketika berada di ketinggian 9,144 meter.

Seorang pramugari yang curiga dengan tindakan pasangan berkenaan membuka pintu tandas dan terkejut melihat wanita itu duduk di tandas sementara lelaki, berdiri dengan seluarnya terlondeh ke kaki.

Dalam satu rakaman video, pramugari itu kedengaran memarahi pasangan berkenaan yang tergesa-gesa keluar dari tandas.

“Kamu sanggup rosakkan percutian kamu kerana ini (seks oral),” katanya.

Wanita itu juga dilaporkan bergaduh dengan rakannya sebelum menyimbah minuman di dalam pesawat.

Kapten pesawat yang dimaklumkan kru mengenai tindakan pasangan berkenaan, menghubungi pihak berkuasa lapangan terbang Cancun di Mexico untuk tindakan lanjut.

Apabila pesawat itu mendarat anggota polis masuk ke dalam kabin dan mengiringi pasangan berkenaan untuk ditahan bagi disoal-siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Mac 2018 @ 10:42 PM