Skuad Khas Harian Metro
am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Penjualan ubat batuk secara terbuka di farmasi terutamanya di utara Semenanjung dipercayai antara punca utama kepada penyalahgunaan ubatan berkenaan yang dijadikan ramuan khas bagi menghasilkan chakoroi.

Chakoroi adalah hasil campuran air ketum, minuman berkarbonat dan ubat batuk yang kini menjadi kegilaan penagih air ketum dan ‘kaki lalok’ bagi menggantikan pengambilan dadah.

Tinjauan dan penyamaran wartawan Skuad Khas Harian Metro di sekitar ibu kota, Shah Alam, Selangor dan Jitra, Kedah mendapati ubat batuk mengandungi dihydrocodeine boleh dibeli dengan mudah di farmasi, ada sehingga 10 botol untuk seorang pelanggan.


CHAKOROI dihasilkan menggunakan minuman berkarbonat, ubat batuk dan air ketum. FOTO NSTP

Pengambilan chakoroi dikatakan mampu menghilangkan ketagihan penagih dadah yang sebelumnya mengambil syabu, heroin ataupun ganja namun turut memberikan kesan khayal kepada pengambilnya.

Seorang penagih minuman itu yang enggan dikenali berkata, dia sudah mengambil chakoroi sejak tiga tahun lalu.

Dapatkan berita penuh di akhbar Harian Metro hari ini

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Februari 2018 @ 5:45 AM