Amir Abd Hamid
amir_hamid@mediaprima.com.my


SERANGAN udara terbaru semalam, yang dilancarkan rejim Presiden Bashar al-Assad dan Russia mengorbankan sekurang-kurangnya 100 penduduk bandar Hammuriyya timur Ghouta di pinggir ibu kota Damsyik, Syria.

Pengarah Pendidikan dan Misi Kemanusiaan Syria Muslim Care, Ustaz Nazmi Karim berkata, pihaknya menerima maklumat daripada sukarelawan di sana terdapat mangsa terpaksa berlindung di dalam terowong selama tiga hari tanpa bekalan makanan dan minuman.

Menurutnya, serangan udara selama tiga tanpa henti itu dilaksanakan untuk menghancurkan Ghouta sebagaimana yang sudah terjadi di Halab.

“Saya turut menerima video menunjukkan deritanya golongan wanita di wilayah berkenaan yang terpaksa berlindung di dalam terowong yang dikorek untuk dijadikan tempat perlindungan tanpa bekalan makanan dan minuman.

“œSelain itu, paparan video yang dihantar wakil kami di Syria turut menunjukkan kesan kehancuran serta kemusnahan akibat serangan itu.


Kanak-kanak antara mangsa serangan udara terbaru dilancarkan rejim Bashar dan Russia. FOTO Ihsan Muslim Care

“€œLebih menyedihkan, bayi dan kanak-kanak malah janin dalam kandungan turut menjadi mangsa konflik kemanusiaan di kawasan bergolak yang masih belum berakhir hingga kini,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di Kuala Lumpur, semalam.

Rakyat Malaysia boleh membantu meringankan beban pelarian Syria dengan menghulurkan sumbangan melalui Muslim Care ke akaun Maybank (564490413882); Bank Islam Malaysia Berhad (1401401014740) atau Bank Muamalat (14010007654717).

Maklumkan sumbangan dibuat "Untuk Bantuan Syria" dengan menghantar mesej kepada Zakaria Abd Latiff di talian 0126935938 atau Johari Ismail (0169978323).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Februari 2018 @ 5:53 PM