TERTUDUH diiringi anggota polis di Kompleks Mahkamah Ampang. FOTO Rosdan Wahid
Farah Marshita Abdul Patah
farahmarshita@bh.com.my


PENGANGGUR didakwa di Mahkamah Sesyen di Ampang, hari ini, atas 200 tuduhan melakukan sumbang mahram iaitu bersetubuh dengan anak saudaranya yang ketika kejadian hanya berusia lima tahun.

Tertuduh, yang dibawa ke mahkamah pada 10.45 pagi, mengakui tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam.

Pihak pendakwaan mengambil masa lebih dua jam untuk membaca kesemua pertuduhan dan mahkamah menangguhkan sidang pada 12.45 tengah hari bagi memberi laluan kepada solat Jumaat.

Sidang akan bersambung pada 2.30 petang ini.

Lelaki itu dijangka menghadapi 364 lagi pertuduhan sumbang mahram, sekali gus menjadikan keseluruhan pertuduhan sebanyak 564 kes.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Februari 2018 @ 2:03 PM