Mahaizura Abd Malik
mahaizura@hmetro.com.my

Ampang: “Ada masanya saya rasa hampir berputus asa dengan rawatan yang dibuat apatah lagi ada kalanya menyakitkan. Tapi saya kuat kerana mama, keluarga, cikgu dan kawan-kawan.

“Melangkah ke tahun baru ini, saya harap kekuatan itu terus ada supaya saya dapat fokus kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi membolehkan saya mengejar impian menjadi doktor atau arkitek,” kata Nayli Hannah Azlan, 16, pesakit kanser tisu atau Ewing Sarcoma tahap dua.

Nayli yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Setiawangsa berkata, sepanjang tahun lalu dia tertinggal pelajaran kerana komitmen menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada siku kanan, 14 kali kemoterapi serta beberapa kali rawatan fisiologi.


NAYLI Hannah. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali

“Namun, saya akan naik sekolah lewat sedikit berbanding kawan-kawan lain kerana perlu membuat saringan pengimejan resonan magnetik (MRI) dan ujian paras bacaan sel darah putih dan merah pada 10 Januari ini untuk menentukan rawatan seterusnya.

“Doktor hanya akan memberi kebenaran saya kembali ke sekolah sekiranya semua keputusan itu normal,” katanya ketika ditemui Harian Metro di kediamannya di sini, semalam.

Dapatkan berita selanjutnya di akhbar Harian Metro


MARZITA (kanan) adalah penguat semangat Nayli Hannah yang menghidap kanser tisu tahap dua. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 January 2018 @ 8:20 AM