PELANCONG di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Denpasar, Bali, menunggu giliran untuk bertanyakan pesawat untuk keluar daripada Bali. FOTO AFP
AFP

LAPANGAN terbang antarabangsa Bali ditutup buat hari ketiga berturut-turut, kata kenyataan Indonesia, berikutan debu gunung berapi bahaya untuk pesawat.

“Lapangan Terbang Ngurah Rai, Bali, mungkin ditutup sehingga Khamis,” kata jurucakap, Arie Ahsanurrohim memberitahu AFP.


PENDUDUK melihat air sungai yang bercampur debu Gunung Agung, di Karangasem, Bali. FOTO Reuters

Mount Agung, yang menjadi satu daripada tarikan pelancong dunia dijangka meletus pada bila-bila masa.

Asap tebal yang berpunca daripada gunung berapi itu kini sudah menjulang tinggi di awan dan menyebabkan beratus penerbangan terpaksa dibatalkan.

Keadaan itu menyebabkan sekurang-kurangnya 120,000 pelancong terkandas.

Berpuluh ribu penduduk sekitar kaik gunung itu pula sudah meninggalkan rumah mereka.


CAHAYA yang terhasil daripada lava gunung berapi. FOTO Reuters/Antara/Nyoman Budhiana

Gunung Agung meletus kali terakhir pada 1963, menyebabkan kehilangan sekurang-kurangnya 1,600 nyawa.

Kini, dikatakan beratus ribu penduduk bakal meninggalkan rumah mereka untuk mencari tempat selamat.

Berita berkaitan

Bas percuma ke Terminal Bas Mengwi

Lapangan terbang Bali tutup sampai esok

Semoga selamat pulang

22 penerbangan dibatalkan

Penerbangan pergi, keluar Bali dibatalkan

‘Demi keselamatan, saya reda’

32 penerbangan AirAsia dibatalkan

Asap setinggi 4,000 meter

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 November 2017 @ 11:31 AM