Nazdy HarunSiti Nor Hidayatidayu RazaliSiti Nadzirah Che Mud dan Mohamad Zulhairie Manzaidi dan Syaherah Mustafa
am@hmetro.com.my

Kuala Berang : “Saya terpaksa mendukung isteri sejauh 50 meter sebelum dibawa dengan kereta ke pusat pemindahan sementara (PPS) kerana dia tidak boleh berjalan selepas empat jari kakinya dipotong sebelum ini,” kata Muhammad Sulaiman, 52, dari Kampung Pengkalan Ajal di sini.

Menurutnya, isterinya, Halipah Mamat, 44, menghidap diabetes sebelum jari kaki kanannya itu dipotong 45 hari lalu, sekali gus menyebabkannya tidak boleh berjalan.

Katanya, dia nekad untuk membawa isterinya bersama empat anaknya berusia 10 hingga 21 tahun mendapatkan perlindungan di PPS di kampungnya itu selepas rumah mereka yang terletak kira-kira 300 meter dari anak Sungai Kua dinaiki air kira-kira 0.5 meter berikutan hujan sejak tiga hari lalu.


GHAZALI (kanan) meluangkan masa melawat Halipah di PPS Kampung Pengkalan Ajal. FOTO Ghazali Kori

“Saya terpaksa mendukung isteri dan meredah banjir sejauh 50 meter sebelum ke PPS kira-kira jam 9.30 malam tadi (kelmarin) dan kami akan tinggal di PPS walaupun air surut dalam masa terdekat kerana bimbang gelombang banjir seterusnya menyukarkan kami berpindah selepas ini.

“Hanya Tuhan yang tahu kesukaran saya membawa isteri dalam keadaan dia seperti itu tetapi kerana bimbang dengan keselamatannya berikutan tidak mampu bergerak dan mengharungi banjir selepas menjalani pembedahan terpaksa digagahkan juga.


KEADAAN paras air di jalan Kampung Pengkalan Ajal melepasi ke Kampung Menerong ditutup kepada semua kenderaan. FOTO Ghazali Kori

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 November 2017 @ 6:11 AM