FAZURA (kiri) bersama Fattah Amin pada sidang media selepas kembali dari Makkah, 23 November lalu. FOTO Nurul Syazana Rose Razman
Amirul Haswendy Ashari
haswendy@hmetro.com.my


DENGAN sekali lafaz, pasangan pelakon Nur Fazura, 34, dan Fattah Amin, 27,sah bergelar suami isteri, 9.50 malam, hari ini.

Pasangan yang mengikat tali pertunangan pada 13 November lalu disatukan dalam majlis tertutup.

Dalam kenyataan akhbar dikeluarkan pengurusan Fazura, Universal Music, majlis berlangsung di hotel di Bukit Bintang, dihadiri keluarga dan rakan-rakan pasangan itu.

Tiada maklumat lanjut diberikan mengenai majlis itu.

Tinjauan beberapa wakil media termasuk Harian Metro ke lokasi itu petang tadi menyaksikan beberapa individu dipercayai pengawal keselamatan disewa khas berlegar di sekitar ruang lobi, pintu dan lif menuju lokasi rahsia di tingkat 28 hotel itu.

Turut kelihatan, individu dipercayai wakil pereka fesyen membawa busana pengantin berwarna hijau firus di dalam bungkusan plastik lutsinar sambil diiringi beberapa lelaki berpakaian serba hitam.

"Ada 'Malay wedding' di tingkat atas," kata penyambut tetamu hotel secara ringkas saat ditanya mengenai situasi itu.

Kira-kira 8 malam, beberapa individu dipercayai ahli keluarga kedua pasangan turut kelihatan memakai busana tradisional sedondon berwarna hijau firus (turquoise) dan ungu mula memasuki ruang hotel.

Pengurus Fazura, Iman Tang yang kelihatan tenang, tiba di hotel itu, 6.30 petang tadi.

Itu antara hasil pemerhatian wakil media sejak bagi mengikuti perkembangan majlis pernikahan pelakon Fazura dan Fattah.

Sebelum ini, sejurus pulang daripada melakukan umrah, Fattah dan Fazura pada sidang media khas yang berlangsung pada 23 November lalu mengumumkan bakal bernikah secara tertutup dalam masa terdekat pada tarikh yang tidak dinyatakan.

Berita berkaitan:

Lagi drama Fazura, Fattah...

Minta ruang jaga privasi keluarga

Belum kahwin daa...

Doa mama buat Fazura di Makkah [METROTV]

'Salam sayang selalu' ucap Fazura

23 November nanti kami beritahu [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 November 2017 @ 11:14 PM