Fattah dan Fazura akan adakan majlis nikah secara tertutup atas permintaan keluarga. FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN
Sudirman Mohd Tahir
sudirman@hmetro.com.my


PASANGAN pelakon Fattah Amin dan Fazura mengakui bertunang pada 13 November lalu namun menafikan bernikah pada keesokan harinya.

Fattah menegaskan, majlis yang berlangsung pada 14 November hanya majlis doa selamat.

“Keluarga saya menghantar rombongan merisik dan meminang Fazura di kediaman keluarganya di Petaling Jaya. Ingin ditegaskan tidak ada sebarang majlis pernikahan pada 14 November seperti dilaporkan media.

“Dalam masa sama, tidak ada majlis pernikahan di Makkah. Di sana kami hanya memberi fokus kepada ibadah umrah. Diakui macam-macam kami dengar sepanjang berada di sana,” katanya dalam sidang media khas.

Fattah berkata, dia dan Fazura mahu melalui proses perkahwinan yang seperti orang lain termasuklah menghadiri kursus kahwin dan membuat permohonan nikah.

“Insya-Allah, majlis nikah dalam masa terdekat tetapi majlis resepsi tahun depan.

“Cuma bagi majlis nikah akan berlangsung secara tertutup atas permintaan keluarga. Saya harap semua pihak menghormati keputusan ini.

“Bagaimanapun, untuk majlis resepsi kami akan mengadakan dua majlis, satu untuk peminat dan satu lagi khas untuk keluarga dan rakan media,” katanya.

Berita berkaitan:

23 November nanti kami beritahu [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 November 2017 @ 7:44 PM