Hayati Ibrahim dan Mohd Nasif Badaruddin dan Mohd Husni Mohd Noor
am@hmetro.com.my


SERAMAI 8,958 atau 2.1 peratus calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017 mendapat semua A.

Ia mencatatkan peningkatan 4,062 atau satu peratus berbanding 4,896 pada 2016.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin, berkata 10,957 atau 2.5 peratus murid mendapat maksimum 1B tahun ini.

Katanya, ia naik daripada 8,345 atau 1.9 peratus murid tahun lalu.

Menurutnya, 32,298 atau 7.5 peratus murid mendapat minimum 2B tahun ini menurun daripada 35,752 atau 8.1 peratus murid tahun lalu.

Katanya, 89,201 atau 20.7 peratus murid mendapat minimum 1C tahun ini, menurun daripada 91,366 atau 20.7 peratus tahun lalu.

Beliau berkata, 152,100 atau 35.3 peratus mendapat minimum 1D tahun ini menurun daripada 152,825 atau 34.7 peratus tahun lalu.

“Bagi calon yang mendapat minimum 1E turun 0.9 peratus dari 137,262 atau 31.1 peratus pada 2016 kepada 130,027 atau 30.2 peratus tahun ini.

“Sementara, calon yang mendapat semua E adalah 6,663 atau 1.5 peratus berbanding 9,519 atau 2.2 peratus tahun lalu, penurunan sebanyak 0.7 peratus atau 214 calon," katanya dalam sidang media Pengumuman Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) 2017 di Kementerian Pendidikan, Putrajaya, hari ini.

Menurutnya, 443,794 calon mendaftar menduduki peperiksaan UPSR tahun ini, yang diadakan pada 11-14 dan 18 September di 8,085 pusat peperiksaan seluruh negara.

Amin berkata, peratusan calon yang mencapai penguasaan minimum adalah 1.6 peratus iaitu 293,514atau 68.1 peratus, berbanding 293,184 atau 66.5 peratus calon pada 2016.

“Peratusan calon yang belum mencapai tahap penguasaaan minimum iaitu sekurang-kurangnya satu gred E turun 0.9 peratus iaitu 30.2 peratus pada 2017 berbanding 31.1 peratus pada tahun lalu.

“Sementara peratusan calon belum mencapai tahap penguasaan minimum iaitu Gred E dalam semua mata pelajaran turun 0.7 peratus iaitu 1.5 peratus pada tahun ini berbanding 2.2 peratus pada 2016,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 November 2017 @ 11:20 AM