Hayati Ibrahim dan Nasif Badrudin
am@hmetro.com.my


SIDANG Media Pengumuman Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) 2017 oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin, di Putrajaya, hari ini.

ANTARA kandungan sidang media

+ MULAI 2017 KPM mengambil pendekatan berbeza dalam melaporkan kejayaan murid yang melalui persekolahan peringkat rendah selama enam tahun.

+ PELAPORAN kejayaan murid sekolah rendah yang lebih menyeluruh dan bermakna, tidak lagi hanya berfokus kepada keputusan UPSR malah melaporkan secara formal mengenai profil murid dari segi kecerdasan semulajadi dan aptitud, tahap penguasaan dalam mata pelajarab di sekolah serta kecergasan, tahap kesihatan dan pembabitan dalam aktiviti luar kelas.

+ ASPEK kejayaan murid ini diperlihat melalui laporan lebih menyeluruh dinamakan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR)

+ UJIAN Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) menilai pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, dan Matematik di samping Bahasa Cina dan Tamil, yang berperanan sebagai check point untuk mengukur kemahiran membaca, menulis, mengira, dan menaakul selama enam tahun di sekolah rendah

+ SERAMAI 24,612 (5.6 peratus) murid menunjukkan tahap pembabitan dalam aktiviti kokurikulum yang sangat aktif, komited dan menunjukkan potensi diri yang tinggi dalam aktiviti disertai.

+ Murid yang aktif, komited dan menunjukkan minat yang memuaskan dalam aktiviti yang disertai dalam aktiviti yang disertai adalah seramai 302,018 (68.9 peratus) manakala pembabitan dan ko kurikulum pada tahap memuaskan adalah 100,331 (22.9 peratus)

+ SERAMAI 397,987 (92.2 %) melepasi tahap kecergasan fizikal yang memuaskan iaitu 189,929 (43.9 peratus) murid berada pada tahap cergas; 167,101 (38.8 peratus) tahap kecergasan tinggi dan 40,957 (9.5 peratus) murid pada tahap kecergasan sangat tinggi

+ BAGI Indeks Jisim Badan (BMI), seramai 268,314 (63.5 peratus) murid mempunyai jisim badan normal, 56,584 (13.4 peratus) murid dikategorikan sebagai berisiko berat berlebihan, 58,294 (13.8 peratus) murid mempunyai berat badan berlebihan dan 40,347 (9.5 peratus) murid mempunyai kurang berat badan

+ PERATUSAN calon mendapat semua A tahun ini meningkat 4,062 (1 peratus) calon iaitu 8,958 (2.1 peratus) calon pada 2017 berbanding 4,896 (1.1 peratus) calon tahun lalu

+ INVENTORI Kecerdasan Pelbagai (IKeP) bagi pentaksiran psikometrik yang ditadbir kepada semua murid tahun enam pada Julai lalu menunjukkan peratusan kecenderungan murid tinggi iaitu eksistensial (77.7 peratus), intrapersonal (77.3 peratus), interpersonal (68.9 peratus), naturalistik (63.2 peratus), kinestetik (54.4 peratus), logik matematik (50.3 peratus) dan visual ruang (43.4 peratus)

+ MAKLUMAT dalam PPSR harus diguna oleh semua pihak kerana pelaporan ini menggambarkan profil murid sebagai modal insan untuk negara pada masa depan

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 November 2017 @ 10:18 AM
KETUA Pengarah Palajaran, Datuk Dr Amin Senin ketika mengumumkan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah 2017 di Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah