IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my


LELAKI Bangladesh berusia 20 tahun maut selepas dihempap forklift di Jalan Perindustrian Mahkota 2, Beranang, hari ini.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 1.41 petang.

“Lapan anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih ke lokasi kejadian.

“Difahamkan, mangsa dihempap jentera itu yang jatuh ke tebing parit di lokasi kejadian,” katanya.

Mohd Sani berkata, mangsa yang tersepit dikeluarkan sebelum dia dibawa naik ke tebing menggunakan pengusung.

“Kami menggunakan kren untuk mengangkat forklif yang menghempap mangsa.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Kajang,” katanya.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 November 2017 @ 10:09 PM