HM Digital
am@hmetro.com.my


•Ahli perniagaan bergelar Datuk Seri didakwa di Mahkamah Majistret Ampang atas empat tuduhan, termasuk menyerang dan mencederakan tiga anggota RELA ketika mereka bertugas di tokong di Kampung Baru , minggu lalu.

•Ahli perniagaan yang dikenali sebagai 'Datuk Kabi' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang, atas 27 pertuduhan menipu berkaitan diskaun pembayaran tunggakan bil elektrik dengan nilai kerugian hampir RM2 juta,tahun lalu.

•Dua lelaki tempatan aktif mengedar dadah ketamin secara pukal di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang ditahan bersama dua kg dadah ketamin di Sentul.

•Pewaris takhta Britain, Putera Charles memulakan lawatan sulung ke Malaysia dengan menzahirkan kekaguman baginda terhadap kekayaan budaya warisan dan kepelbagian kaum di negara ini.

•Gabungan Sukarelawan Daerah Taiping bersama Hospital Taiping, Perak menghulurkan bantuan makanan kepada 10 keluarga mangsa kebakaran di Jalan Madrasah, Jelutong, Georgetown.

•Seorang lelaki warga Australia terbaring atas atap sebuah bangunan kedai, dipercayai terjatuh dari bilik hotel di Melaka.

•Seorang wanita kerugian RM15,400 selepas wang simpanan dalam akaun banknya lesap dipercayai diperdaya sindiket penipuan atas talian.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 November 2017 @ 6:50 PM