THE Weeknd tak ikuti perkembangan Selena, keluarga terdekat bekas kekasih di Instagram/
Syafil Syazwan Jefri
syafil.syazwan@hmetro.com.my


Mungkin kerana tidak mahu ada sebarang memori dengan bekas kekasihnya, penyanyi The Weeknd tidak mahu mengikuti perkembangan keluarga dan rakan terdekat Selena Gomez di Instagram.

Tindakannya itu dikesan oleh peminat dan pengikutnya di laman sosial terbabit.

“Abel berhenti mengikuti Instagram Mandy (ibu Selena), Theresa, Courtney dan Raquelle. Dia juga memadam ‘like’ pada gambar yang dimuat naik Selena sebelum ini,” kata sumber terdekat penyanyi itu.

Kata sumber berkenaan, penyanyi lagu Starboy itu juga sebelum ini melakukan perkara sama selepas berpisah dengan bekas kekasih, Bella Hadid sebelum bercinta dengan Selena.

“Jadi, dia melakukan perkara sama seperti yang pernah dilakukannya terhadap Bella,” kata sumber itu.

Walaupun kedua-dua mereka masih mengikuti akaun Instagram masing-masing, The Weeknd tidak lagi mahu mengikuti akaun yang dibuka peminat dan didedikasikan buat mereka.

Tidak cukup dengan itu, The Weeknd juga memadam gambar Selena yang pernah dimuat naik di akaun Instagramnya.

Pasangan itu menamatkan hubungan cinta pada 30 Oktober lalu selepas 10 bulan bercinta.

Khabarnya, Selena kini kembali rapat dan memadu kasih dengan bekas kekasihnya, Justin Bieber.

Selena dan Justin dikatakan banyak menghabiskan masa bersama selepas Selena menjalani pembedahan buah pinggangnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 November 2017 @ 4:41 AM