Zarul Haziq Zuryani, 12, dan kakaknya Norasyikin Zuryanidufizan, 22, (kanan) semasa menunggu di perkarangan Unit Forensik Hospital Seberang Jaya atas kematian ibunya Noriah kasa, 40, dalam kemalangan di Kilometer 147 (KM147) Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Tol Juru. FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
am@hmetro.com.my


“Adik akan cuba tunaikan hajat ibu dan Insya-Allah satu hari nanti adik akan bergelar ustaz," luah Zarul Haziq Zuryanidufizan.

Zarul Haziq, 12, anak bongsu Noriah Kasa, 40, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 147 Lebuhraya Utara Selatan hala utara, berhampiran Tol Juru, Bukit Mertajam, pagi tadi.

Zarul Haziq yang ditemui selepas selesai urusan pengebumian ibunya ternyata masih tidak dapat menahan sebak dan bersedih dengan kejadian itu.

Menurutnya, kali terakhir dia bertemu dengan ibunya pada Sabtu lalu, apabila ibunya berkunjung di tahfiz tempat dia belajar dan berpesan menyuruhnya menjaga diri dan belajar bersungguh-sungguh.

Dalam pada itu anak kedua mangsa, Nornadia, 18, berkata, dia mewakili ahli keluarga meminta orang ramai termasuk pengguna laman sosial agar berhenti menyebar gambar-gambar ngeri kejadian.

"Kami mohon agar orang ramai berhenti menyebar gambar-gambar ngeri kemalangan itu tidak kira gambar arwah ibu saya atau mangsa-mangsa lain dan doakan yang terbaik untuk ibu saya," katanya ditemui di perkarangan Masjid Jamek Sungai Dungun, di sini hari ini.

Berita berkaitan:

[UPDATE] Bawa waris mangsa ke sini

[UPDATE] Pemandu ada tiga waran tangkap

Ada yang terjun dari bas

'Jaga diri, nak'

‘Syikin, tolong mak... tolong mak’/a>

'Drebar' bas cabut lari ?/a>

Hilang rakan karib sekelip mata

4 pekerja maut di lokasi, 30 cedera

Lapan pekerja kilang terbunuh

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Oktober 2017 @ 10:25 PM