Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.my


PENGARAH Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi dan Ketua Operasi Unit Tindakan Khas PPIM, Ali Salimin hadir ke Ibu Pejabat Pejabat Daerah (IPD) Kajang kira-kira 8 pagi tadi bagi membantu siasatan berhubung kes tuduhan menceroboh premis AGR Trade Sdn Bhd, Julai lalu.

Mereka dilihat memasuki perkarangan IPD Kajang ditemani peguam dan beberapa lagi aktivis PPIM selain puluhan penyokong.

Menurut wakil PPIM yang enggan dikenali, Yusuf dan Ali menerima panggilan yang mengarahkan mereka tampil menyerahkan diri, semalam.

"Semalam mereka menerima panggilan yang meminta mereka hadir menyerahkan diri di IPD Kajang.

"Mereka disiasat berhubung kes pencerobohan premis sebuah syarikat pajak kereta Julai lalu," katanya ketika ditemui di hadapan IPD Kajang, hari ini.

Difahamkan, Yusuf dan Ali akan dibawa ke Mahkamah Kajang bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

Sementara itu, lebih 50 ahli PPIM dan orang ramai hadir di IPD Kajang bagi memberikan sokongan kepada Yusuf dan Ali.

Mereka berkumpul di kawasan tempat letak kenderaan berhampiran IPD Kajang seawal 7.30 pagi tadi.

Berita berkaitan:

PPIM, AGR sedia hadir

AGR tunggu peguam, PPIM dah bersedia

Tanah dimiliki beberapa penama

Pengguna perlu dibela

Pemilik kereta mangsa penipuan dibantu PPIM

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Oktober 2017 @ 10:10 AM
AHLI ahli PPIM turut hadir ke IPD Kajang bagi memberi sokongan terhadap Yusoff dan Ali. FOTO Hafidzul Hilmi Mohd Noor