GAMBAR fail memaparkan Izara Aishah bersama Adib Khalid pada sidang media Filem Kau Yang Satu di GSC Pavillion, pada 14 Julai 2017. FAIL Nur Adibah Ahmad Izam
Sudirman Mohd Tahir
sudirman@hmetro.com.my


PELAKON popular, Izara Aishah mengesahkan bakal bernikah dengan tunangnya, Adib Khalid, pada 17 November ini.

Izara, 25, berkata majlis bakal berlangsung menggunakan duit sendiri tanpa mendapatkan penajaan daripada mana-mana pihak.

"Alhamdulillah, buat masa sekarang sudah 50 peratus persiapan sudah dilakukan. Saya berharap segala dirancang berjalan lancar sehingga majlis nanti.

"Saya bukannya menolak penajaan tetapi tidak ada sesiapa yang tahu saya bakal berkahwin pada tarikh ini.

"Lagi pun, saya memang merancang nak mengeluarkan perbelanjaan sendiri. Ini kerana saya ada cita rasa sendiri," katanya kepada Harian Metro.

Izara menjelaskan, majlis bakal berlangsung itu diadakan tertutup membabitkan keluarga dan rakan terdekat sahaja.

"Oleh itu, saya terlebih dahulu memohon maaf kepada semua. InsyaAllah, majlis resepsi juga pada hari sama.

"Kedua-dua majlis diadakan di Kuala Lumpur. Begitu juga dengan majlis resepsi sebelah lelaki. Bagi saya, ia lebih mudah untuk semua jemputan," katanya.

Berkongsi mengenai majlis yang bakal berlangsung sebulan dari sekarang, Izara mengakui dia sudah lama bersedia menggalas tanggungjawab sebagai isteri.

"Memandangkan sekarang saya sibuk dengan perniagaan gincu dan lakonan, jadi tidak terfikir sangat. Disebabkan itu, belum timbul perasaan gementar.

"Dari segi status menjadi isteri, saya sudah lama bersedia. InsyaAllah, saya cuba menjadi isteri baik dan bertangunggjawab. Jadi, doakan yang baik-baik dan semuanya dipermudahkan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Oktober 2017 @ 11:39 AM