Nabihah Kamal
nabihah.kamal@hmetro.com.my


ATLET  renang negara yang mendakwa dirogol jurulatihnya menjadi mangsa perbuatan itu sebanyak dua kali sejak 2016 di Singapura. 

Sumber berkata, atlet berusia 20 tahun itu dirogol pertama kali ketika menjalani latihan di Singapura tahun lalu. 

Katanya, kali terakhir atlet itu dirogol adalah di tandas gimnasium.  

Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata, suspek berusia 35 tahun sudah ditahan di  Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN), Sri Petaling semalam selepas keluarga mangsa membuat laporan. 

Berita berkaitan:

Atlet dakwa dirogol jurulatih

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Oktober 2017 @ 6:29 PM