HM Digital
am@hmetro.com.my


• Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak jatuhkan hukuman penjara 48 tahun dan 24 sebatan kepada ejen unit amanah selepas mengaku bersalah merogol, meliwat dan penganiayaan seksual terhadap anak perempuannya.

• Kastam Sabah rampas dua kontena di Pelabuhan Sepanggar, berisi gading gajah dan sisik tenggiling dianggarkan bernilai RM80.5 juta.

• Lanun yang ditahan ketika merompak MT MGT1 di perairan Terengganu, pada Khamis, direman tujuh hari hingga 14 September.

• Tiga individu termasuk bekas eksekutif syarikat carigali minyak direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes mengemukakan invois palsu RM23.65 juta.

• Lebih 300 orang sanggup beratur seawal 6.30 pagi bagi mendapatkan ayam segar yang dijual RM1 seekor di cawangan Ayam Bismi di Taman Pekan Baru.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 September 2017 @ 7:00 PM