Amir Abd Hamid di Baitulmaqdis dan Palestin
amir_hamid@hmetro.com.my


Dia baru berusia 17 tahun namun pengorbanan dilakukan untuk maruah Islam di Baitulmaqdis bumi barakah ini amat mahal dan tidak ternilai harganya.

Akibat tentangan agresifnya terhadap rejim Zionis, Ahmad Da’na Asim sudah dipenjarakan sebanyak empat kali sejak berusia 12 tahun.

Remaja ini antara ratusan rakyat Palestin yang nekad melakukan demonstrasi dan menyuarakan bantahan terhadap tindakan pihak berkuasa Israel meletakkan alat pengesan logam di semua pintu masuk Masjid Al-Aqsa pada Julai lalu.

Berikutan bantahan itu yang turut mendapat sokongan daripada umat Islam seluruh dunia, rejim Israel terpaksa akur dan menarik balik langkah keselamatan yang kontroversi itu.

Penulis bertemu Ahmad Da’na di dalam Masjid Al-Aqsa, kelmarin ketika mengikuti rombongan ziarah dan korban anjuran Yayasan Al Amin dengan kendalian ALCC Al Amin Travel Sdn Bhd.

Dapatkan berita selanjutnya di akhbar Harian Metro hari ini

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 September 2017 @ 10:46 AM
AHMAD Da'na menunjukkan gambar ketika dia ditahan tentera Israel. Gambar kanan, parut akibat diikat rejim Zionis Israel. FOTO Amir Abd Hamid