FOTO dipetik daripada Twitter handle @Khairykj dan gambar dalam bulatan adalah laporan portal Harian Metro, semalam.
HM Digital
am@hmetro.com.my


MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, meminta supaya pengguna sosial media lebih cermat apabila melontarkan ulasan mereka.

“Harap tiada lagi pihak yang cuba melagakan saya dan keluarga Di Raja Johor. ‘Please be respectful in your comments on social media’,” katanya menerusi Twitter handle rasminya @Khairykj, malam tadi.

Kenyataan ringkas Khairy di Twitter itu menerima Retweets lebih 9,000 kali.

Kebanyakan pengikut @Khairykj memuji tindakan menteri itu menyelesaikan segera isu berkenaan.

Petang semalam, Khairy menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar di Istana Bukit Pelangi.

Menteri itu turut bertemu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Pertemuan Sultan Ibrahim dan anakandanya Tunku Ismail dengan Khairy itu dikongsikan menerusi gambar di Facebook Johor Southern Tigers.

Berita berkaitan

KJ menghadap Sultan Ibrahim, TMJ

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Ogos 2017 @ 8:35 AM