Muhd Rafiq (kiri) dan Shalin memenangi pingat emas dalam acara boling Master Lelaki dan Wanita Sukan SEA KL2017 di Sunway Megalanes. FOTO DANIAL SAAD
Ajitpal Singh
ajitpal@nst.com.my


MUHD Rafiq Ismail dan Shalin Zulkifli mempamer ‘keunggulan tersendiri’ apabila menyapu bersih dua pingat emas boling acara Masters Lelaki dan Wanita pada Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) di Sunway Mega Lanes, hari ini.

Kejayaan meletakkan Malaysia muncul juara keseluruhan dengan meraih tujuh emas, empat perak dan tiga gangsa.

Kejayaan Rafiq, pilihan ketiga begitu manis kerana dapat membalas kekalahan kepada Yannaphon Larpapharat dua tahun lalu. Dia menang ke atas pilihan kedua dari Thailand itu dengan keputusan 213-190.

Shalin pula meraih pingat emas ke-20 sejak membuat penampilan pertama pada 1993 mengungguli acara masters.

Pemain berusia 39 tahun itu menewaskan Tannya Roumimper dari Indonesia dengan keputusan 246-220, 223-222.

Kali terakhir Shalin meraih pingat emas acara itu adalah pada Sukan SEA 1999 di Brunei.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Ogos 2017 @ 9:17 PM