Alex (dua dari kiri) bersama Syafiq (kiri) meraikan kejayaan bersama penyokong.
Ajitpal Singh
sport@nst.com.my


PEMAIN bowling negara Alex Liew dan Syafiq Ridhwan Abd Malek mengatasi rakan senegara Adrian Ang-Rafiq Ismail pada permainan terakhir acara beregu lelaki Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 untuk merangkul emas di Sunway Mega Lanes, Subang Jaya, hari ini.

Adrian-Rafiq pada awalnya mengatasi Alex-Syafiq dengan kelebihan satu pin apabila mencatatkan 2,210 jatuhan pin di permainan kelima.

Bagaimanapun Alex-Syafiq beraksi cemerlang pada permainan terakhir apabila melakukan keseluruhan 2,647 jatuhan pin, 17 pin mengatasi Adrian-Rafiq yang meraih perak.

Pemain Indonesia Billy Islam-Hardy Rachmadian memenangi gangsa dengan catatan 2,615 jatuhan pin.

Pasangan ketiga negara Ahmad Muaz Fishol-Timmy Tan menduduki tangga kesembilan selepas mengumpul 2,465 jatuhan pin.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Ogos 2017 @ 1:55 PM