BAHAGIAN hadapan dan belakang bas selepas kemalangan.
Devinder Singh
nstsport@nst.com.my


BEBERAPA pemain skuasy cedera apabila bas yang membawa mereka ke gelanggang pertandingan Sukan SEA di Bukit Jalil berlanggar sebentar tadi.

Pemain dari Myanmar, Filipina dan Thailand dirawat di Institut Sukan Negara manakala pertandingan skuasy ditangguhkan sementara.

Tidak jelas berapa ramai pemain terbabit cedera atau tahap kecederaan mereka.

“Kami menangguhkan seketika pertandingan dan akan menyambungnya sebaik mendapat laporan perubatan,” kata pengurus pertandingan skuasy Sukan SEA K Sivanesan.

“Pusingan pertama acara beregu campuran yang patut dimulakan jam 2 petang akan ditangguhkan. Pemain hanya boleh mengambil bahagian selepas mendapat pelepasan perubatan.”

Pertandingan skuasy bermula dengan pusingan pertama beregu lelaki dan wanita dengan suku akhir berlangsung jam 7 malam.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Ogos 2017 @ 11:27 AM