Status mengenai pemergian Muhammad Amierul yang dimuat naik di Twitter Jawatankuasa Perwakilan Mahasiswa (JPM) Malaysia Japan Higher Education Program (MJHEP) @jpmmjhep.
Nabihah Kamal
am@hmetro.com.my


PENUNTUT Malaysia di Meiji University, Tokyo, Jepun lemas selepas mandi di Sungai Arakawa, 3 petang waktu tempatan hari ini.

Muhammad Amierul Asyraf Abdullah,21, penuntut tahun empat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal di universiti itu berkelah di sungai berkenaan yang terletak enam kilometer dari universiti berkenaan bersama 11 rakannya.

Menurut sumber, Allahyarham bersama rakan menaiki dua kereta ke sungai itu.

"Mangsa berjaya diselamatkan pasukan penyelamat namun meninggal dunia di hospital" katanya.

Berita sedih itu turut dimuat naik di Twitter Jawatankuasa Perwakilan Mahasiswa (JPM) Malaysia Japan Higher Education Program (MJHEP) @jpmmjhep.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Ogos 2017 @ 12:33 AM