Rosli Ilham
am@hmetro.com.my

EMPAT nelayan dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki mereka ke Kuala Dungun terbalik dalam kejadian 10 malam ini.

Seorang lagi rakan mereka selamat selepas berenang ke daratan.

Mereka yang masih belum diketahui identitinya itu dikatakan dalam perjalanan masuk ke Kuala Dungun selepas pulang daripada menangkap ikan.

Sebelum kejadian, lima nelayan terbabit menaiki bot besar dan gagal memasuki Kuala Dungun berikutan keadaan sungai yang cetek.

Mereka kemudiannya melabuhkan bot besar mereka di luar kuala berkenaan sebelum menggunakan sebuah bot gentian kaca untuk memasuki Kuala Dungun.

Ketika dalam perjalanan itu, bot mereka dikatakan dipukul ombak besar dan terbalik menyebabkan kesemuanya tercampak ke dalam laut.

Pada mulanya mereka dikatakan sempat berpaut pada bot berkenaan tetapi sekali lagi dipukul ombak menyebabkan pegangan mereka terlepas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Amri Mohamad ketika dihubunngi mengesahkan menerima maklumat mengenai kejadian kejadian itu.

Menurutnya, anggota bomba dan polis sudah ke tempat kejadian dan usaha mencari dan menyelamat mangsa sedang dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Ogos 2017 @ 12:13 AM