HAIRUDDIN Omar. FOTO Syarafiq Abd Samad
Malik Muhamad
sukan@hmetro.com.my


Kuala Terengganu: “Sehingga hari ini (semalam), PFAM (Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia) belum menerima sebarang laporan secara bertulis kelab Terengganu City (TCFC).

“Jika tidak ada aduan rasmi, bagaimana kami mahu bertindak,” kata Presiden PFAM Hairuddin Omar.

Hairuddin berkata demikian sebagai mengulas rungutan pemain kelab TCFC yang mendakwa tidak dibayar gaji sejak empat bulan lalu.

Malah, lebih parah apabila TCFC yang ditubuhkan awal musim ini turut berdepan hukuman penggantungan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Saya ada mendengar rungutan berkaitan pemain kelab itu diabaikan majikan mereka dengan gaji tidak dibayar sejak beberapa bulan lalu, tapi sehingga kini mereka tidak pernah menghubungi PFAM.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Julai 2017 @ 5:11 AM