ANGGOTA Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang memeriksa kad sementara atau Enforcement Card (E-Kad). FOTO Zulkepli Osman
Siti A'isyah Sukaimi
sitiaisyah@hmetro.com.my


Putrajaya: Ada pendatang asing tanpa izin (PATI) yang sudah dihantar pulang dan disenarai hitam dikesan cuba bertindak licik untuk mendaftar program Enforcement Card atau E-Kad dalam usaha mendapatkan pas kerja yang sah.

Bagaimanapun, Jabatan Imigresen (JIM) berjaya menggagalkan cubaan mereka selepas mengesan 38 kes membabitkan seramai 40 PATI selain menahan dua majikan.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mustafar Ali berkata, semua kegiatan PATI terbabit dikesan menerusi cap jari serta rekod yang ada untuk mengesan identiti sebenar.

“Mereka menyusup masuk ke negara ini melalui jalan tidak sah dan cuba menyertai program pendaftaran E-kad dalam usaha mendapatkan pas kerja yang sah.

“Bagaimanapun, ia dapat dikesan oleh jabatan ini apabila cap jari mereka diambil untuk semakan dan rekod dapat mengesan identiti sebenar dan status mereka yang disenarai hitam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Julai 2017 @ 5:42 AM