ANGGOTA penguatkuasa Jabatan Imigresen melakukan pemeriksaan dokumen warga asing yang ditahan ketika Ops Khas E-Kad di sebuah tapak pembinaan di Batu Berendam. Dalam operasi itu, seramai 23 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan daripada seramai 204 warga asing yang diperiksa. FOTO | MUHAMMAD HATIM AB MANAN
Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my


SERAMAI 1,035 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Operasi Mega Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di seluruh negara bersempena Program E-Kad, dalam operasi bermula jam 12 pagi hingga jam 2.30 petang hari ini.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, semua PATI itu ditahan hasil pemeriksaan ke atas 3,583 warga asing di 163 premis di seluruh Malaysia.

Daripada jumlah itu, 135 adalah dari Indonesia, 515 Bangladesh, 102 Myanmar, lima Thailand, dua Vietnam, 50 Filipina dan 226 dari negara lain.

Antara lokasi yang diserbu adalah membabitkan premis perniagaan, kilang, kawasan pembinaan, restoran dan pusat beli belah.

Operasi yang dijalankan serentak di seluruh negara itu turut menyaksikan penahanan seramai 16 orang majikan tempatan untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/1963 danPeraturan-peraturan Imigresen 1963.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Julai 2017 @ 5:48 PM