GAMBAR dari rakaman video menunjukkan lelaki terbabit baring di atas katil yang penuh dengan duit. FOTO Agensi
Agensi

Jakarta

Media sosial di Indonesia heboh dengan satu rakaman video yang menunjukkan seorang lelaki digelar sebagai ‘kaya terlampau.’

Dalam video berkenaan, lelaki itu yang dikenali sebagai Syekh Nono atau Bapak Lurah Suharton dilihat baring di atas katil yang dipenuhi wang kertas.

Malah lantai bilik berkenaan juga dipenuhi duit.

Dia juga kemudian kemudian dilihat mencampakkan duit berkenaan ke lantai seperti gaya seseorang memberi makan ikan di kolam.

Menurut laporan laman Merdeka.com, katil lelaki yang dikatakan ketua sebuah kampung itu, dipenuhi wang Rp100 ribu (RM32) dan Rp50,000 (RM16).

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Jun 2017 @ 10:12 AM