TIGA wanita yang menjadi mangsa penipuan ejen pembantu rumah bersama Michael. FOTO Ihsan pembaca
Fardy Bungga
fardy@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Sengaja tawarkan khidmat amah yang bijak berlakon sakit kepada majikan tempatan sebelum menghilangkan diri.

Itu antara penipuan licik sindiket menyamar sebagai ejen membekal amah warga asing serta memperdaya ramai mangsa dalam kalangan majikan warga tempatan.

Terbaru tiga wanita kerugian RM42,000 selepas diperdaya sindiket yang tidak berdaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan Jabatan Imigresen.

Seorang mangsa, Koh See Tiam, 50, berkata, dia mulanya diminta membayar RM16,000 untuk urusan membawa masuk pembantu rumah Indonesia.

Katanya, pembantu rumah pertama yang bekerja dengannya pengsan tiba-tiba pada hari kedua bekerja menyebabkan dia panik.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Jun 2017 @ 9:01 AM