Muhamaad Razis Ismail
razis@hmetro.com.my


JENAZAH enam beranak yang maut dalam kemalangan di Kilometer 25 Jalan Bahau-Keratong, dekat Ladang Risda Palong, kelmarin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seberang Jelawat, Bachok dalam satu liang lahad pada 3 pagi hari ini.

JENAZAH enam beranak yang maut dalam kemalangan di Kilometer 25 Jalan Bahau-Keratong, dekat Ladang Risda Palong, selamat dikebumikan. FOTO Syamsi Suhaimi

Enam beranak yang maut ialah Wan Mohd Fauzi Wan Mohd Ibrahim, 51; Masnoraida M Yusoff, 45; Wan Muhammad Muhaimmin, 22; Wan Nor Athira, 18; Wan Mohd Ammar Haziq, 13 dan Wan Nur Aiesya, 7.

Pengebumian enam beranak di Tanah Perkuburan Islam Seberang Jelawat, Bachok dalam satu liang jam 3 pagi tadi. FOTO Syamsi Suhaimi

Sebelum itu, semua jenazah dituntut ahli keluarga kira-kira 5.20 petang semalam di Hospital Jempol, Negeri Sembilan selepas proses bedah siasat selesai.

Jenazah tiba di Masjid Naim, Jelawat. FOTO Syamsi Suhaimi

Selepas menempuh perjalanan hampir lapan jam, semua jenazah selamat tiba di Masjid Naim, Jelawat pada 1.06 pagi dengan empat van jenazah sebelum terus disembahyangkan.

Jenazah disembahyangkan selepas tiba dari Jempol. FOTO Syamsi Suhaimi

Jenazah kemudian dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.

Kira-kira 500 orang termasuk ahli keluarga, saudara mara, rakan dan penduduk kampung turut hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada arwah.

Turut kelihatan anak arwah, Wan Muhamad Hazim, 19.

Wan Muhamad Hazim ditenangkan saudara maranya. FOTO Syamsi Suhaimi

Harian Metro sebelum ini melaporkan, kemalangan dipercayai berlaku apabila treler dari arah Keratong menghala Bahau cuba memotong sebuah motosikal membawa tong aiskrim tetapi gagal sebelum ia membrek secara mengejut untuk mengelak menyebabkan treler dipandunya 'membuang' lalu memasuki laluan bertentangan.

Pada masa sama, sebuah Perodua Myvi yang datang dari arah bertentangan cuba mengelak merempuh treler berkenaan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Toyota Vios.

Sebuah lagi kenderaan iaitu Proton Exora dinaiki enam beranak yang datang dari arah Bahau ke Keratong cuba mengelak Myvi yang terbabas di hadapannya tetapi gagal lalu terperosok ke bawah treler berkenaan dan terbakar.

Wan Muhamad Hazim kehilangan ayah, ibu, dan adik beradiknya. FOTO Syamsi Suhaimi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Jun 2017 @ 3:45 AM