NASIB Farizal (gambar) bakal diketahui selepas AFC bersidang.
Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Nasib penjaga gol Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Farizal Marlias (gambar kanan) akan diketahui minggu ini apabila Jawatankuasa Tatatertib Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bersidang untuk menetapkan keputusan mengenai kes pemain itu menolak pengadil dari China, Fu Ming pada separuh akhir kedua Zon Asia Tenggara Piala AFC menentang Ceres Negros di Bacolod City, 31 Mei lalu.

Setiausaha Agung AFC Datuk Windsor John Paul mengesahkan surat tunjuk sebab sudah dihantar kepada Farizal yang dilayangkan kad merah oleh pengadil dalam perlawanan itu.

“AFC sudah menghantar surat tunjuk sebab kepada Farizal Isnin lalu dan dia perlu mengemukakan keterangan berhubung kes kekasarannya ke atas pengadil perlawanan.

“Kami sudah mengumpul maklumat menerusi laporan pengadil dan video perlawanan itu jadi sekarang dia perlu membalas surat itu dengan penjelasan serta bukti yang ada bagi menepis dakwaan itu.

“Bagi tahun ini, ini kali pertama kes membabitkan pemain dan pengadil berlaku dan sememangnya jarang kes seperti ini berlaku dalam era bola sepak profesional, lebih-lebih lagi di kejohanan rantau ini,” katanya semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Jun 2017 @ 2:30 AM