AYDA Jebat. FOTO Aziah Azmee
Najiy Jefri
najiy.jefri@hmetro.com.my

Cinta terhadap dunia seni membuka ruang kepada gadis jelita berusia 25 tahun ini mengecapi perjalanan menarik sebagai pelakon dan penyanyi.

Terkini, penyanyi lagu Pencuri Hati dan Nakal itu diberi kesempatan menyanyikan lagu bagi menyemarakkam temasya Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur, Ogos ini.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, ketika dihubungi BLING! berkata, walaupun single berjudul Gemuruh Suara bukanlah lagu rasmi temasya berkenaan, tetapi akan diperdengarkan sepanjang sukan terbesar di Asia Tenggara itu berlangsung.

“Saya baru sahaja selesai menjalani rakaman lagu Gemuruh Suara. Lagu yang saya nyanyikan ini dicipta khas buat peminat menzahirkan sokongan mereka kepada atlet kita yang bertanding.

“Lagu tema rasmi Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur pula nyanyian Dayang Nurfaizah,” kata pelakon siri popular Ku Kirim Cinta itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Jun 2017 @ 4:12 AM