PEMAIN import terbaru Kelantan Abou Bakr (tengah) menjalani latihan bersama pemain lain. FOTO Fathil Asri.
Azlan Hafeedz
sukan@hmetro.com.my


Kota Bharu: Usahasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) sepatutnya mendapat penjelasan daripada Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) terlebih dahulu sebelum mengenakan sekatan pendaftaran import baru, L’Imam Seydi.

Tindakan drastik FMLLP itu bukan saja boleh mengeruhkan hubungan dua pihak, bahkan menyebabkan penyokong setia The Red Warriors (TRW) kecewa.

Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail Md Noor berkata, KAFA tidak mahu lagi berpolemik dengan FMLLP termasuk isu panas berkaitan pemain import dan tunggakan gaji.

“Seydi adalah penyerang kacukan Senegal-Perancis yang bukan dibeli KAFA, sebaliknya dibawa masuk ejen bagi menggantikan Alessandro Celin pada jendela kedua perpindahan pemain yang berakhir 12 Jun ini.

“Pertukaran itu langsung tidak membabitkan kos perpindahan dan ia dibuat atas rasa tanggungjawab ejen. Sepatutnya FMLLP ambil tahu situasi sebenar dulu,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Mei 2017 @ 4:29 AM