Buaya jantan yang berjaya ditangkap SFC. FOTO ihsan SFC
Mohd Rizal Abdullah.
Mohd.rizal@hmetro.com.my


BUAYA jantan seberat hampir satu tan berjaya ditangkap Pasukan Tindakan Khas Hidupan Liar (SWAT), Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) di Sungai Suai, Niah dekat Miri, tengah hari semalam.

Buaya sepanjang enam meter itu berjaya ditangkap menggunakan umpan ayam pada 12 tengah hari.

Jurucakap SFC berkata, buaya berkenaan terpaksa ditarik menggunakan jentolak sebelum dipindahkan ke Ladang Buaya Benaya.

Menurutnya, pemburuan dilakukan sejak 14 Mei lalu selepas pihaknya menerima aduan penduduk kampung berkaitan kehadiran buaya berkenaan di sungai itu.

Operasi turut dibantu oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM) Miri.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Mei 2017 @ 3:20 PM