GAMBAR menunjukkan mulut lengkap dengan gigi yang ditemui dalam telinga seekor bebiri di Turki. FOTO Agensi
Agensi

Ankara: Seorang petani terkejut apabila menemui mulut lengkap dengan gigi berserta air liur di dalam telinga bebirinya.

Lebih mengejutkan lagi, mulut dalam telinga itu juga menunjukkan ia boleh menelan.

Menurut Ali Duman, dia menyedari mengenainya ketika mengetam bulu bebiri di ladangnya di daerah Islahiye, Gaziantep, wilayah di selatan tengah Turki.

“Saya mengetam beberapa ekor dan apabila giliran yang satu ini, saya ternampak belahan pada telinganya. Mulanya saya menyangka saya cuai ketika mengetam bulunya.

“Saya memeriksa telinganya dan dapati ia mulut, lengkap dengan gigi dan air liur. Saya sungguh terkejut dan ketakutan. Menggigil badan saya. Ini kali pertama saya temui keadaan seperti ini,” kata Ali.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Mei 2017 @ 5:32 AM