PERCUTIAN terakhir Ramli dan Roslida di New Zealand sebelum tragedi Damavand. Gambar kecil, kawasan pergunungan Damavand, Iran.
Suraya Roslan
suraya@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: “Saya akan terus berdoa dan setiap malam mengamalkan solat sunat supaya diberi kekuatan dan petunjuk serta perlindungan buat Abang Ramli,” kata Roslida Ablah, 42, isteri kepada pendaki Ramli Abd Majid, 45, yang hilang di Gunung Damavand, Iran sejak 20 November lalu.

Katanya, dia masih berharap suami tercinta masih hidup, tetapi semua bergantung kepada perancangan Allah SWT.

“Saya bukan tidak teringat atau fikir mengenai suami, setiap kali fikir mengenai keadaan dia di sana pasti saya mengamalkan solat sunat setiap malam.

“Alhamdulillah buat masa ini saya tenang walaupun dalam hati Allah saja yang tahu,” katanya.

Ramli dan rakan, Syed Ridzuan Syed Salim Shatri, 50, dilaporkan hilang selepas terpisah daripada kumpulan yang memulakan pendakian ke puncak Gunung Damavand di Iran, 20 November lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Mei 2017 @ 4:32 AM