AKAUN Instagram yang digunakan sindiket penipuan jual beli dalam talian. FOTO Ihsan pembaca
Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my


TAWARAN serendah RM500 bagi memiliki telefon pintar terpakai jenama iPhone.

Itu taktik satu sindiket penipuan jual dan beli dalam talian yang mempromosikan iklan di laman sosial Instargram.

Bagaimanapun, selepas tempahan disahkan dengan wang yang diberikan melalui transaksi pembayaran ke satu akaun bank, pelanggan tidak mendapat barang yang dijanjikan akan sampai dalam tempoh tiga bulan.

Menurut mangsa, Ahmad Haziq Ahmad Tariff, 26, dia berminat untuk membuat tempahan telefon bimbit terpakai selepas tertarik tawaran harga murah yang diberikan iaitu RM500 bagi telefon pintar terpakai jenama iPhone 5S.

Katanya, dia mula berhubung dengan pemilik akaun Instagram itu bagi memaklumkan pembelian telefon pintar berkenaan dan sudah memasukkan wang ke dalam akaun bank pada bulan April tahun lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Mei 2017 @ 6:10 AM