Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my


JENAZAH penuntut Kolej Matrikulasi Pulau Pinang yang meninggal dunia kerana terkena renjatan elektrik selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak, Georgetown, hari ini.

Jenazah Siti Nor Manisya Muhammad Azmi, 19, dikebumikan pada 11.30 pagi dengan kira-kira 100 ahli keluarga serta rakan hadir memberi penghormatan terakhir.

Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan sejurus bapanya, Muhammad Azmi Prem Kumar Abdullah, 53, tiba dari Langkawi, Kedah pada 12.30 tengah hari.

Muhammad Azmi yang tidak sempat menatap wajah anak keduanya itu buat kali terakhir hanya mampu menangis dan terpaksa dipapah seorang ahli keluarga kerana dilihat terlalu lemah.

Dalam kejadian 8.30 malam tadi, Siti Nor Manisya meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital selepas terkena renjatan elektrik dalam bilik di kolejnya.

Mangsa ketika itu dikatakan baru selesai mandi dan mahu membuat penyambungan wayar sebelum disambar arus elektrik hingga membuatkan dia rebah dan tidak sedarkan diri.

Berita berkaitan:

Pilunya...

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Mei 2017 @ 1:46 PM
GEORGETOWN 08 MAY 2017. Mohd Azmi Prem Kumar Abdullah, 53 (tengah) menyiram air mawar ke kubur Anaknya Siti Nur Manisya Prem Kumar, 19 yang maut dalam kejadian dipercayai terkena renjatan elektrik di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak. STR/SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL
Skip this ad x