DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur

ALAMILAH suasana kemeriahan apabila berbuka puasa di Makan Kitchen di DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur yang berkonsepkan pasar malam sepanjang Ramadan ini.

Biarpun terletak di tengah ibu kota Kuala Lumpur, hotel bertaraf antarabangsa ini masih mengekalkan konsep tradisi terutama dalam penyediaan menu berbuka puasa.

Pelbagai menu tradisional disediakan terutama masakan kampung. Melihat hidangannya saja sudah kecur air liur dan memang benar rasanya memenuhi piawaian sesiapa saja gemar menikmatik sajian kampung.


Tiada menu barat disediakan, sebaliknya pengunjung dapat menikmati sajian pelbagai kaum di Malaysia seperti masakan Melayu, Cina dan India selain makanan asli dari pelbagai negeri.

Cef de Cuisine, Mohamad Zulkarnain Suhaili berkata, semua sajian masakan tempatan membabitkan semua kaum di Malaysia.


“Banyak sajian menarik dan unik disediakan, antaranya menu dari Sarawak seperti ayam pansuh yang dimasak dalam buluh dan sukar di dapati di Kuala Lumpur dan turut disediakan adalah laksa Sarawak.

“Bagi penggemar durian, kami menyediakan tempura durian dan menjadi yang pertama di Kuala Lumpur menyediakan sajian ini.

“Istimewanya tempura ini menggunakan 100 peratus isi durian,” katanya.


Antara sajian istimewa di Makan Kitchen termasuklah umai salmon, kari kepala ikan salmon, kambing golek, itik salai dan sup kawah.

Penggemar teh tarik, jangan lepaskan peluang menikmati teh tarik madu yang enak rasanya.


Sambil berbuka puasa, pengunjung didendangkan nyanyian ghazal yang mendendangkan pelbagai lagu lama dan baharu.

Bufet Ramadan di DoubleTree Hilton berharga RM148 dewasa manakala RM74 untuk kanak-kanak.

Untuk tempahan sila hubungi 03-2172 7272.



Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Mei 2019 @ 10:53 AM