Hotel Sunway Putra

COFFEE House Hotel Sunway Putra menyediakan hidangan berbuka yang lazat merangkumi kepelbagaian juadah asli tempatan dan pastinya menepati selera semua lapisan masyarakat.

Bertemakan Dari Dapur Ummi, antara menu harus dicuba adalah aneka kerabu dari Kerabu Isi Kelapa Daun Selasih, Kerabu Inti Kelapa Pedas Kacang Botol dan Pucuk Paku, Kerabu Kerisik Tauge dan Kacang Panjang, Kerabu Asam Limau Betik Muda dan Kedondong serta Kerabu Ayam Pedas.

Menurut Chef Eksekutifnya, Rossham Rosli, pelanggan juga wajib ke ‘gerai’ masakan langsung yang mempunyai tema tersendiri seperti Gulung-Gulung (sushi), Rebus-Rebus (sup gear box), Bakar-Bakar (kambing panggang dan sate) serta banyak lagi.


“Tetamu juga boleh menikmati kombinasi empat lauk-pauk masakan Melayu seperti Ayam Percik Seri Menanti, Daging Dendeng Cili, Kambing Dalca Mangga Muda, Ikan Kembong Asam Rebus, Ayam Madu Berempah, Daging Rendang Negeri Sembilan, Udang Masak Lemak dengan Belimbing Buluh dan Bunga Kantan serta Ikan Patin Masak Tempoyak.

“Bagi mereka yang mahukan kelainan, boleh mencuba masakan Cina dan India seperti Kari Ayam Mentega, Dalca Kambing dan Ikan Tikka,” katanya.


Untuk manisan pula, rasai keenakan pelbagai jenis kuih dan kek. Antaranya Ubi Kayu Rebus, Lompat Tikam, Badak Berendam, Kek Coklat Teh Hijau, Mousse Coklat Mangga dan Kek Coklat Keladi.

Bermula daripada 6 Mei hingga 4 Jun 2019, bufet ini berharga RM138 untuk dewasa manakala RM69 bagi kanak-kanak berumur tujuh hingga 12 tahun serta warga emas.


Untuk tempahan, hubungi 03-4040 9888 atau melalui emel di spkl.dine@sunwayhotels.com.



Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Mei 2019 @ 1:23 AM