Dorsett Kuala Lumpur

MASIH tercari-cari lokasi berbuka puasa?

Kunjungilah Dorsett Kuala Lumpur dan rangkaian Silka di May Tower Kuala Lumpur, Cheras dan Johor Bahru.

Bertemakan Masakan Bonda, Dorsett Kuala Lumpur kembali membawakan Bonda Kak Shikeen yang menyediakan sajian dimasak di rumah.


Sempena Ramadan, sebanyak 13 sajian utama mewakili negeri di Malaysia disediakan mengikut resepi lama.

Turut disediakan, lebih 100 sajian seperti daging salai masak lemak cili padi Negeri Sembilan, kambing panggang bersama nasi Arab, kari kepala ikan Pulau Pinang, sambal bilis tempoyak dan petai Perak, udang masak kailo Melaka dan ayam masak tomato Kedah.


Harga bufet buka puasa di sini adalah RM 98 seorang. Baucar Ramadan boleh dibeli secara online di https://dorsettbooking.com/ramadan-kl.php atau hubungi 03 2716 1010 atau emel ke info.kualalumpur@dorsetthotels.com




Sementara itu, Silka Cheras dan Silka Maytower menyediakan menu popular, tradisional dan antarabangsa.

Menu utama di Silka Maytower tahun ini adalah asam pedas ekor, telur itik lemak cili padi dan rendang ayam serta daging.


Harga ditawarkan RM85 untuk dewasa. Hubungi 03 2692 9298 /016 2011 655 atau emel ke sales.maytower@silkahotels.com.

Silka Cheras menawarkan sajian kegemaran sepanjang masa seperti kambing panggang dengan nasi briyani, ayam masam manis, lala masak halia dan ais krim Malaysia.

Baucar berbuka puasa di sini berharga RM98 dan untuk tempahan, sila hubungi 03 9100 1133 /016 2011 523 atau emel ke sales1.cheras@silkahotels.com




Silka Johor Bahru menawarkan sajian selera kampung di Checkers Cafe & Kapitan Corner.

Antara masakan disediakan termasuklah stimbot di stesen celup-celup, pasta corner, kambing panggang, kuzi kambing dari Kelantan sehinggalah sup tulang rusuk ala mamak dan banyak lagi.

Baucar Silka Johor Bahru berharga RM60. Untuk mendapatkan baucar dan membuat tempahan hubungi 07-360 1000.



Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Mei 2019 @ 9:35 PM