Hotel Impiana KLCC

RASAI pengalaman indah dan tidak akan dilupai Ramadan ini dengan berbuka puasa di Tonka Bean Café and Deli di Hotel Impiana KLCC yang bertemakan Selera Serantau.

Ada lebih 200 juadah terutama hidangan tradisional. Lebih indah, sambil berbuka puasa halwa telinga anda akan dihidangkan dengan irama ghazal yang dimainkan secara langsung.

Istimewanya berbuka puasa disini, pengunjung dihidangkan dengan air zam zam.

Sajian utama, sup gearbox meletop!, kari kepala ikan selatan, nasi briyani gam kambing istimewa, durian dan ais krim Baskin Robbins.


Sajian lain disediakan adalah roti John Impiana, ikan bakar dengan rempah tradisional, kerutub daging, telur itik serati lemak cili padi, ekor pedah berempah, ayam goreng ketumbar istimewa, cheezy pisang abu goreng bersama pelbagai pilihan perasa dan bahan tambahan seperti keju cedar, coklat, susu pekat, madu dan sirap gula Melaka dan banyak lagi.


Menambahkan lagi sajian adalah di kaunter Khazanah Lautan yang menyediakan kerang-kerangan, udang harimau rebus dan kupang hitam.

Di kaunter masakan barat dan China, anda pasti menggemari udang harimau dengan telur masin dan oat, ikan goreng dengan sos cili Thai dan kambing bakar.


Selera Serantau ditawarkan pada harga RM148.00+ untuk seorang dewasa dan RM74.00+ untuk seorang kanak-kanak (berumur 6-12 tahun).

Bufet berbuka puasa bermula dari 5 Mei hingga 4 Jun dari jam 6.30 petang hingga 10 malam.


Diskaun sebanyak 25 peratus akan diberikan bagi tempahan sebelum 4 Mei, dan 20% bagi tempahan dalam tempoh 5-9 Mei dan 30 Mei – 4 Jun.

Bagi yang berkumpulan, setiap 10 tempahan akan mendapat satu percuma. Tawaran ini sah bagi tempahan dari 10 hingga 29 Mei.


Untuk tempahan bufet Selera Serantau Ramadan sila hubungi 03-2147 1111 (sambungan 3034, 3035) atau emel ke ramadan.iklcc@impiana.com



Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Mei 2019 @ 1:51 PM