Pemain Thailand, Shinnaphat Leeaoh (dua kiri) melompat menanduk bola diasak pemain Filipina, Joshua Jake Crommen (tiga kiri) pada aksi Kumpulan B bola sepak di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, hari ini. - Foto OWEE AH CHUN
BERNAMA

JUARA bertahan Thailand, mencerahkan peluang mara ke saingan separuh akhir acara bola sepak lelaki selepas menewaskan Filipina 2-0 dalam aksi keempat kumpulan B di Stadium Selayang, hari ini.

Kemenangan itu menyaksikan skuad ‘Gajah Putih’ berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah selepas mengharungi empat perlawanan untuk mengumpul 10 mata.

Vietnam dan Indonesia akan beraksi malam ini, kini di kedudukan kedua (Vietnam – sembilan mata) dan Indonesia di tempat ketiga (tujuh mata).

Dua gol Thailand hadir pada separuh masa pertama permainan menerusi Montree Promsawat pada minit ke-28 diikuti Sittichok Kannoo pasa masa kecederaan untuk memastikan Thailand mengutip tiga mata berharga.

Bagaimanapun, Filipina yang tewas dalam dua aksi terakhir sebelum ini terlebih dahulu hampir membuka jaringan pada minit ke-25 apabila penyerang Javier Augustine Gayoso bijak menyambar hantaran ke belakang pertahanan Thailand, namun rembatannya hanya sekadar terkena tiang.

Thailand akan menentang Vietnam dalam aksi terakhir kumpulan B pada Khamis.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Ogos 2017 @ 7:59 PM