Ahad, 7 April 2019.

PENCEMARAN Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, tidak menjejaskan kemasukan pelancong domestik dan antarabangsa ke Johor.

Ahad, 31 March 2019.

DATA pemantauan kualiti udara di 20 sekolah dalam radius 15 kilometer dari Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, adalah baik dan pada paras dibenarkan.

Jumaat, 29 March 2019.

SEMUA 111 sekolah di Pasir Gudang yang ditutup susulan insiden pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim, 7 Mac lalu, dibuka Ahad ini manakala sesi persekolahan sepanjang tempoh ditutup tidak perlu diganti.

Rabu, 27 March 2019.

MAHKAMAH Tinggi Johor Bahru hari ini, membenarkan jaminan RM250,000 terhadap pengarah syarikat warga Singapura yang sebelum ini tidak dibenarkan jaminan atas pertuduhan membuang dan bersubahat melupuskan bahan sisa toksik ke dalam Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, 7 Mac lalu.

Isnin, 25 March 2019.

SEBUAH kilang memproses tayar terpakai di Pasir Gudang serta dua pengarahnya berdepan sebanyak 45 pertuduhan mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini.

Isnin, 25 March 2019.

KERAJAAN belum memutuskan bentuk mahu pun jumlah pampasan yang akan diberikan kepada mangsa pencemaran bahan kimia Sungai Kim Kim di Pasir Gudang.

Ahad, 24 March 2019.

“DALAM mahkamah tak ada kimia pun, kenapa nak tutup, bukalah," kata Hakim Jailani Rahman yang mengarahkan pengarah kilang memproses tayar terpakai yang dihadapkan ke mahkamah supaya membuka topeng penutup hidung dan mulut yang dipakainya ketika menghadapi pertuduhan, hari ini.

Sabtu, 23 March 2019.

LAPAN suspek yang ditahan bagi membantu siasatan kes pembuangan sisa bahan kimia ke Sungai Kim Kim, Taman Pasir Putih, Pasir Gudang akan disambung reman, kata Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd.

Khamis, 21 March 2019.

JAWATANKUASA Saintifik yang ditubuhkan bagi menangani isu pencemaran Sungai Kim Kim, Taman Pasir Putih mengenal pasti 46 lokasi baharu di kawasan perindustrian Pasir Gudang yang berpotensi berlaku pencemaran alam sekitar.

Rabu, 20 March 2019.

SEBANYAK 46 lokasi baharu di kawasan perindustrian Pasir Gudang dikesan berpotensi menyebabkan pencemaran alam sekitar, kata Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin.