PROSES membuat tanjak perlu ketelitian. FOTO Saddam Yusoff
Saddam Yusoff

TANJAK atau tengkolok sinonim dengan pemakaian busana istana, kepahlawanan dan dalam pelbagai acara adat istiadat masyarakat Melayu.

Lazimnya ia digayakan dengan pemakaian bengkung, samping dan baju Melayu.

Spektrum bersama jurugambar, Saddam Yusoff kali ini membawa anda mengenali pembuat tanjak atau lebih dikenali dengan gelaran ‘Pengarang Tanjak’, Mohd Zaim Hakimi Mohamad Zain, 25.

MOHD Zaim memotong kain songket di kediamannya di Puncak Alam, Selangor. FOTO Saddam Yusoff

Pemuda ini aktif berkecimpung dalam pembuatan aksesori tradisional itu sejak lima tahun lalu.

MEMASUKKAN kain pengeras dan dawai sebelum dijadikan tanjak. FOTO Saddam Yusoff

Biarpun dilahirkan sebagai generasi Y, cinta dan minat dalam seni karangan tanjak Melayu mampu meletakkan Mohd Zaim setanding pembuat tanjak lain.

MEMBUAT lipatan menggunakan teknik picit. FOTO Saddam Yusoff

Setakat ini, Mohd Zaim sudah menghasilkan lebih 1,000 tanjak atas permintaan peminat aksesori itu sekali gus membuktikan semakin ramai menerima semula kehadiran tengkolok sebagai sebahagian gaya hidup.

TANJAK yang siap dihasilkan. FOTO Saddam Yusoff

Berpandukan buku sebagai bahan rujukan, Mohd Zaim mengakui sehingga kini dia perlu terus menimba ilmu untuk menghasilkan tanjak lebih baik dan esklusif.

KANAK-KANAK masa kini turut didedahkan dengan tanjak. FOTO Saddam Yusoff

KOLEKSI sebahagian tanjak yang dihasilkan Mohd Zaim. FOTO Saddam Yusoff

TIDAK kekok memakai tanjak dalam kehidupan seharian. FOTO Saddam Yusoff

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 September 2019 @ 12:02 PM