PEMERIKSAAN kesihatan penting sebagai langkah pencegahan awal. FOTO arkib NSTP
Zaitie Satibi
zaisa@hmetro.com.my


KUMPULAN penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti penyakit kardiovaskular, kanser, diabetes dan jangkitan pernafasan antara punca utama kematian di seluruh dunia.

Di Malaysia, NCD menjadi punca 73 peratus kematian dengan penyakit berkaitan kardiovaskular menjadi penyumbang utama kematian.

Lebih buruk, bilangan kes NCD yang tidak mendapat diagnosis adalah tinggi dan terus mening-kat setiap tahun.

NCD adalah penyakit kronik yang tidak boleh disebarkan kepada orang lain.

Penghidap mendapat penyakit itu secara perlahan-lahan akibat mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat.

Biarpun sebahagian besar NCD boleh dicegah, ia sukar dikawal memandangkan kadar kecelikan kesihatan di Malaysia sangat rendah iaitu sekitar tujuh peratus.

Pendidikan untuk pesakit mengenai keadaan kesihatan mereka dan kepentingan pematuhan ubat didapati tidak mencukupi.

Data menunjukkan 73 peratus rakyat Malaysia tidak mematuhi preskripsi dan 70 peratus lagi memerlukan rundingan lanjut dengan ahli farmasi.

Wujud keperluan kritikal untuk mening-katkan pendidikan pesakit dan memastikan pengurusan NCD yang lebih baik.

Kementerian Kesihatan (KKM) menekankan kos kewangan, emosi dan manusia akibat NCD memerlukan perhatian serius serta mening-katkan usaha menangani masalah itu.

Selaras dengan itu, kerajaan juga mengiktiraf kepentingan perkongsian antara pihak berkepentingan yang berbeza, sama ada badan kerajaan atau swasta untuk memacu usaha mengelakkan kenaikan kadar NCD.

Sehubungan itu, Pfizer Upjohn menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan tujuh persatuan terdiri pengamal perubatan profesional bagi mewujud-kan gabungan penyedia penjagaan kesihatan swasta untuk membentuk program penjagaan kesihatan bersepadu dikenali Pengurusan Bersepadu Penyakit Tidak Berjangkit untuk Organisasi Bukan Kerajaan (iMANAGE).

Tujuh pihak berkenaan adalah Persatuan Kajian Kesakitan Malaysia (MASP), Akademi Kedoktoran Keluarga Malaysia (AFPM), Persatuan Hipertensi Malaysia (MSH), Persatuan Psikiatrik Malaysia (MPA), Persatuan Jantung Kebangsaan (NHAM), Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Persatuan Farmaseutikal Malaysia (MPS).

Pengurus Besar Upjohn Malaysia dan Brunei, Jeff Bote berkata, iMANAGE adalah inisiatif menghasil dan memberikan latihan, sistem sokongan dan rang­kaian profesional yang diiktiraf dalam kalangan pengamal perubatan am, doktor pakar dan ahli farmasi.

“Bagi menyahut panggilan KKM, Pfizer Upjohn membangunkan iMANAGE dan program perintisnya akan dimulakan di Lembah Klang dengan pembabitan 200 doktor am dan ahli farmasi.

“Ia bermatlamat untuk menetapkan penyelarasan piawaian untuk penjaga kesihatan swasta, mempromosikan perkongsian pengetahuan melalui sistem sokongan berstruktur dan meningkatkan kadar celik kesihatan,” katanya.

Program itu akan dilaksana berpandukan tiga tiang utama iaitu pendidikan menerusi latihan dan bengkel yang diiktiraf, rangkaian digital yang menyediakan platform berhubung termasuk mewujudkan ekosistem penjagaan bersepadu bagi pesakit dan aplikasi mudah alih untuk membekalkan maklumat disahkan kepada pesakit berdaftar.

Perjanjian antara pihak berkenaan juga bagi menunjukkan komitmen dalam pencarian penyelesaian terhadap ancaman NCD.

Semua pihak mempu-nyai visi untuk mengambil pendekatan bersepadu bagi menambah nilai kepada sistem penjagaan kesihatan semasa dan menyumbang kepada kehidupan pesakit.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 September 2019 @ 5:45 AM